Kerjaya tentera William_Light

Sicilian Scenery, 1823

Ketika berusia tiga belas tahun, Light menjadi sukarelawan bagi Royal Navy, di mana dia bertugas selama dua tahun. Dia kemudian mengembara keseluruh Europah dan India sebelum menyertai tentera British pada tahun 1808. Selepas perkhidmatan cemerlang menentang tentera Napoleon pada 1809 hingga 1814 dalam Perperangan Semenanjung Sepanyol, dia kemudiannya bertugas dipelbagai tempat di British sebagai Kapten. Dia berkahwin pada 1821. Pada tahun 1823 dia kembali ke Sepanyol untuk bertempur dalam tentera revolusi Sepanyol sebagai lieutenant kolonel. Dia tercedera teruk dan menghabiskan masa selama enam tahun mengembara mengelilingi Eropah dan Mediterranean, ditemani oleh isteri keduanya Mary (* Nota - kerana ketiadaan maklumat, isteri pertamanya dipercayai telah meninggal).

Antara 1830 dan 1835 dia membantu Mohammad Ali, pengasas Mesir moden, untuk menubuhkan tentera laut. Di sini Light berkenalan dengan John Hindmarsh, yang berkhidmat di bawahnya dan menggantikannya sebagai kapten di Nile.